Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka lagi!!

Mood Raya, still lagi ada.. Banyak sangat jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri..
(jimat duit x payah masak) huhuhuhuhu.......

Nasib baik tak jadi lebai malang..
Hurm... hari ini punya open house, tak jauh pun. sebelah rumah je.. jalan dua tiga langkah dah sampai...



Pak cik ngan Mak cik rela pula.. sibuk kawal jalan raya.. yelah.. depan umah aku jalan raya besar tuh!!.. maun tak jem jalan.. kete yang singgah banyak pula... *Rumah aku pun dah jadi tempat parking daa...


Walaupun tak sihat sangat sebab selsema.. tapi still pergi.. jiran punya pasal.. kalau tak dah lama aku tido je..

Nasib baik hidangannya tak mengecewakan..
ada satay... Nyum nyum............



Roti canai.. *tuan rumah ada kedai roti canai.. haruslah ada dalam menukan..*
roti jala.. mee soto...
Hurm!... sedap sedap sedap.....


Tapi, petang tadi, mak ngan abah sempat pergi tolong apa yang patut... aku je yang tak pergi.. hidung ni asyik berair jer.. rimas pun ada gak.,.


Haaaaa......... abah aku tolong pasang khemah tadi.. susun-susun kerusi... *baikkkan abah aku... Huhuhuhu...

Mak aku pulak... dia tolong siang ayam.......

ayam dia.. perghh........ besar-besar.. mak citerlah... dia cakap.. naik lenguh tangan dia tadi.. tapi nasib baik, jiran aku tu ada maid.. so sengsaralah maid di sikit.. *banyak sebenarnya..*

sampai-sampai je.. aku terus beratur ambik makanan... kiranya satu famili penuh r... Mata aku time tu.. aim satay je.. leleh seh... lama tak makan...
Dapat je satay.. terus cari port duduk... Nasib baik meja banyak.. apa lagi.. conquer r.. huhuhuhu..

Bila aku dah kenyang makan bapak aku, suruh duduk dulu. dia cakap...
"Jangan balik dulu.. penuhkan tempat.. biar nampak macam ramai orang cikit.."

:Huh!!!, motif??.. last2.. aku ikutkan aje..
Malam ni, langit penuh dengan bintang...

lawanyer... Tapi bulan tak nampak.. menyorok kot!..
lebey kurang macam ni r...

langit Rumah aku pulak, jadi laluan kapal terbang...
selang dua tiga minit je, mesti lalu...
wah!!.. kira cam romantik giler kalau lepak ngan teman istimewa.. huhuhuhu...

Bila da makan, mata pun da kuyu balik... tambah-tambah baru lepas makan ubat selsema.. apa lagi.. pandang kiri-kanan.. n trus cabut.. nasib baik ada bawak kunci rumah..
kot, tak...
Hai!!... duduk luarlah aku....

Kelakang.. kelekung!!! keting! ketang!!.... naik bingit telinga ak.. bila sume orang dah balik..
jiran aku anak beranak.. kelam-kabut kemas meja..
cuci pinggan yang melambak..

sekali lagi, maid dia yang pengsan..
"adehlah.." kata maid yang tensen....


Oleh sebab mata dah terlampau mengantuk.. terpaksalah.. aku mengundurkan diri..
seperti biasa........ astalavista babeh..
bye..

Thursday, October 15, 2009

Cam ne nak kawin ngan orang Rembau..

Hurm.. meh kita sambung balik citer semalam... Apa yang ada dekat Rembau eh...
of courselah gadis and teruna yang cantik-cantik.. hehehehe.. k..


Nak jadi citer.. Ramai orang luar Negeri Sembilan takut nak kawin ngan orang sini. Alasan eh, orang Negeri Sembilan banyak adat...


What???



You are wrong!!.. Only fools can say that!.. Chewahh... Kami juga manusia maa... sama seperti anda semua. (u olzzzz) cumanya, nenek moyang kami dolu-dolu mengamalkan adat Perpatih.. Itu aje.. tak susah pun nak kahwin ngan orang Negeri Sembilan nih..

Antara pengetahuan asas tentang suku di Negeri Sembilan ialah: jeng jeng jeng....

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:

(1) Tanah Datar,

(2) Batu Hampar,

(3) Seri Lemak Pahang,

(4)Seri Lemak Minangkabau, *Yang ini ese yo!. huhuhuhu..

(5)Mungka,

(6)Payakumbuh,

(7)Seri Melenggang,

(8)Tigo Batu,

(9)Biduanda,

(10)Tigo Nenek,

(11)Anak Acheh,

(12)Batu Belang.

Suku Biduanda adalah berasal daripada suku orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun yang kemudiannya berkahwin dengan orang-orang Minangkabau. Anak daripada perkahwinan inilah yang membentuk suku Biduanda. Suku Biduanda adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. * Abah ese, suku biduando yo.. kira boleh jadi undang jugaklah... heheehehhee

Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh
.

Haaa... nak tambah lagi satu cerita...
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada
perempuan.
Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. * Saya ulang ye.. (Salah Faham!)..



Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. *Yang sekarang nih, makin lama, makin kocik... kalau ada sepuluh anak perempuan.. maka, kenelah bahagikan tanah tersebut kepada sepuluh bahagian.. (**Bagi yang kaya.. apalah salahnya bagi tanah tu kat adik beradik lain.. beli jelah tanah.. harta dunia je pun.. Bagi yang kayalah...)

Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. *Ini penting ye kawan-kawan..

Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.

Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (
survival).

Itu kalau tanah adat ye, tuan-tuan dan puan-puan.. Tapi kalau... harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut
hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). **Sila faham..

Okey.. i, nak gi tanya yang tua pasal adat nih.. cau cin cau!!!

Terima kasih..


Rembau kat mana eh?? Apa yang ada dekat Rembau??A







Soalan kat atas tu, memang femes!!.. memang cam siol kalau anak Rembau tak bley nak jawab... grrrr!!!..

So, today.. aku akan cuba sedaya upaya menceritakan tentang Rembau @ Daerah beradat..



Sebelum tu sila nyanyi lirik ni dulu.. " Ada apa dengan Rembau.. Berbeda Tampin dan Bahau.." (ala-ala lagu ada apa dengan Cinta!).. huhuhuhuhuu,...

Bismillah.... Setelah menyiasat dan mengkaji.. aku akhirnya dapat menceritakan kat korang semua apa yang ada dekat Rembau...

AL-KISAH: teng teng teng......

Daerah Rembau merupakan daerah yang terkecil sekali dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu seluas kira-kira 41,512.14 hektar persegi dengan penduduknya berjumlah melebihi 40,551orang berdasarkan Bancian Penduduk yang dibuat pada tahun 2000.

Daerah kecil ini mempunyai 17 buah mukim mengandungi 204 buah kampung dan ditadbir oleh 45 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tertakluk di dalam dua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chembong dan Kota. *segala pindaan tak tertakluk dibawah pengetahuan saya.. hehehehehe*


Okeylah.. sekarang Den (saya) nak tunjuk peta Rembau at Negeri Sembilan.. Let's:


okey... tadi aku dah tunjuk peta kan.. sekarang nih, nak tunjuk pekan Rembau pulak.. ada yang penah kata kat aku, dah 20 tahun dia tinggalkan Rembau... Yang best eh, Pekan nih, x pernah berubah melainkan bilangan bank yang semakin banyak. dulu ado BSN jer.. moh kito tengok rupa Pekan Rembau... lalalalala:
Yang ada gambar gong, gendang ngan caklempong tuh, itu kira cam mercu tanda pekan Rembau r. Sebelum masuk pekan mesti jumpa replika ni dulu.. *Kalau tak caya.. pergilah tengok.. mesti ada punya.. tak taulah kalau 10 tahun dari sekarang warna dah pudar... hehehehehe...







Yang sebelah ni pulak gambar pekan Rembau..















Hurm.. Kalau dah ronda-ronda mesti nak sembahyangkan.. Bagi yang muslimlah.. korang jangan risau.. kat Rembau ada masjid.. cantik.. besar.. baru plak tuh!...




Tahukah anda bahawa, terdapat rendang rembau?.. Rendang Rembau sangat sedap di Makan... Tak caya try'lah.. best woo..

emmm.. Nyum.. nyum.. tapikan bukan sonang nak masak rendang nih.. berpoloh (berpeluh) ketiak nak tunggu masak... Chef Ismail yang lahir kat kampung Chengkau Ulu, Rembau pun setuju ngan den (saya).. Kan chefkan...


"a'ah.. botul (betul) cakap kau.." Kata Chef Ismail sambil menungkat dagu kepenatan selepas menyediakan rendang Rembau!!! *jgn marah yo chef.. kito sekampung.. hehehehe


Dah kenyang makan.. sekarang kita teruskan perjalanan menuju ke tempat-tenpat yang lain lah pulak.. tapi still daerah Rembaulah... Hurm.. apa yang popular ek?? emmm... mengikut kajian, orang Malaysia suka mandikan.. so, moh kita tengok tempat mandi yang agak popular.. huhuhuhuhu....

PEDAS atau "Podeh" dalam loghat Negeri Sembilan adalah pekan kecil yang terletak di Rembau, daerah di selatan negeri itu yang masih mengekalkan tradisi lama Adat Perpatih.

Berbanding pekan kecil lain di daerah itu seperti Chengkau, Astana Raja, Kota dan Lubuk Cina, Pedas dilihat lebih menonjol dan tersohor kerana mempunyai daya tarikan kolam air panas semula jadi yang ditemui masyarakat di situ sekitar abad ke-19.

Kolam itu dikatakan pernah menjadi tempat tentera Jepun dan Inggeris memulihkan luka akibat peperangan dan khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang, menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.

Kalangan pengunjung yang mengunjungi kolam berkenaan bukan saja penduduk tempatan tetapi juga luar negara dari Thailand, Jepun dan Singapura yang sanggup datang ke s
itu untuk berikhtiar mengubati penyakit tertentu.




Namun, kolam yang mempunyai kepanasan suhu mencecah antara 28 hingga 46 darjah celsius itu sudah dinaik taraf menjadi taman tema air dikenali Wet World Resort Pedas Hot Spring pada 1998 sebelum dibuka kepada orang ramai pada 1999 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan...

Itu kalau orang yang ada banyak duitlah.. bagi yang tak banyak duit.. anda Buleh pergi jeram yang ada di sekeliling Rembau.. Cth: Lubuk bunga, Lubuk petai, and 2,3 lubuk @ sungai yang aku lupa namanya.. apa yang penting.. mandi kek sungai sangatlah best... rasa heaven bila air sejuk mengalir dengan pemandangan indah... huhuhuhu.. ini yang nak pergi mandi nih... Let's u ols...

Wah.. bestnyer... klah.. i x bley tahan tengok air yang menderu merdu... menyapa sejuk.. Serius... memang best sangat... Bye.. nak gi mandi jap.. lalalallalalalalla