Wednesday, October 14, 2009

Salam satu Malaysia

Masih tak terlewat untuk mengucapkan salam Aidilfitri buat semua.. bagi yang beragama Hindu, hAppy Deepavali..

Slogan 'Satu Malaysia'.... Baru je keluar paper pagi tadi.. menarik.. tambahan pula, Negara kita memang berbeza budaya, agama dan Bangsa. Negara kita memang muhibah.. Pandanglah kiri kanan jalan. pasti ada sahaja orang Cina, Melayu dan India berkongsi meja makan bersama. Malah beberapa Hari yang Lepas. Saya sendiri dibantu oleh seorang lelaki cina tua (50-an) (apek). Waktu tu, kereta yang saya parking di Giant Tampin di block oleh motor seseorang. Tanpa disuruh, lelaki cina itu menghulurkan bantuan, sebaik sahaja melihat saya terkial-kial memutar stering kereta mencari ruang mengeluarkan kenderaan dari ruang yang sempit. Menariknya, lelaki cina itu baru sahaja sampai disana. Dia terus menolak motor itu ke tepi. Saya kemudian membuka cermin kereta dan mengucapkan ucapan terima kasih. Hanya anggukan dan senyuman kecil darinya.. Terdetik di hati saya ketika itu, betapa rakyat Malaysia kini begitu harmoni dan muhibah. kita saling tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Semalam, ketika asyik memandu. Kelihatan seorang lelaki Melayu membonceng motosikal seorang lelaki India. Mereka kelihatan mesra dan rancak berbual. Ketika tiba di persimpangan jalan, saya memberhentikan kenderaan sebaik sahaja trafic light bertukar merah. sekali lagi, saya bertemu dengan mereka. Cermin kereta sengaja saya turunkan. Kedengaran, mereka rancak berbual di dalam Bahasa Malaysia. Rupa-rupanya, lelaki India itu membantu menghantar lelaki Melayu tersebut ke workshop yang berhampiran. Kisahnya begini, Kereta lelaki Melayu itu telah rosak di tengah jalan. dan lelaki India itu tadi menghulurkan bantuan. ternyata Slogan '1 Malaysia', amat bertepatan.....

Muhibahkan Rakyat Malaysia!!..

No comments:

Post a Comment