Thursday, October 15, 2009

Cam ne nak kawin ngan orang Rembau..

Hurm.. meh kita sambung balik citer semalam... Apa yang ada dekat Rembau eh...
of courselah gadis and teruna yang cantik-cantik.. hehehehe.. k..


Nak jadi citer.. Ramai orang luar Negeri Sembilan takut nak kawin ngan orang sini. Alasan eh, orang Negeri Sembilan banyak adat...


What???



You are wrong!!.. Only fools can say that!.. Chewahh... Kami juga manusia maa... sama seperti anda semua. (u olzzzz) cumanya, nenek moyang kami dolu-dolu mengamalkan adat Perpatih.. Itu aje.. tak susah pun nak kahwin ngan orang Negeri Sembilan nih..

Antara pengetahuan asas tentang suku di Negeri Sembilan ialah: jeng jeng jeng....

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu:

(1) Tanah Datar,

(2) Batu Hampar,

(3) Seri Lemak Pahang,

(4)Seri Lemak Minangkabau, *Yang ini ese yo!. huhuhuhu..

(5)Mungka,

(6)Payakumbuh,

(7)Seri Melenggang,

(8)Tigo Batu,

(9)Biduanda,

(10)Tigo Nenek,

(11)Anak Acheh,

(12)Batu Belang.

Suku Biduanda adalah berasal daripada suku orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun yang kemudiannya berkahwin dengan orang-orang Minangkabau. Anak daripada perkahwinan inilah yang membentuk suku Biduanda. Suku Biduanda adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. * Abah ese, suku biduando yo.. kira boleh jadi undang jugaklah... heheehehhee

Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh
.

Haaa... nak tambah lagi satu cerita...
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada
perempuan.
Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. * Saya ulang ye.. (Salah Faham!)..



Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. *Yang sekarang nih, makin lama, makin kocik... kalau ada sepuluh anak perempuan.. maka, kenelah bahagikan tanah tersebut kepada sepuluh bahagian.. (**Bagi yang kaya.. apalah salahnya bagi tanah tu kat adik beradik lain.. beli jelah tanah.. harta dunia je pun.. Bagi yang kayalah...)

Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. *Ini penting ye kawan-kawan..

Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.

Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (
survival).

Itu kalau tanah adat ye, tuan-tuan dan puan-puan.. Tapi kalau... harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut
hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). **Sila faham..

Okey.. i, nak gi tanya yang tua pasal adat nih.. cau cin cau!!!

Terima kasih..


No comments:

Post a Comment