Wednesday, October 14, 2009

Isu terkini orang kampung Bongek!!



Hurm.. Isu terkini ialah, orang bongek bakal jadi 'ribuan' sebab kerajaan nak ambik tanah untuk perlaksanaan projek terkini..
ada yang sokong.. ada yang tidak..

Dengar citer sekarang ni, orang kampung ramai yang dah kaya. mereka setuju je bila tanah kene ambil.. ada yang kata baik untuk pembangunan. yelah, Dah beratus tahun, kampung bongek still macam dulu. langsung tak ada perubahan..


tapikan, kalaulah ada Komuter kat bongek.. lebey baik.. bukan apa, senang orang kampung nak pergi pasar... gi shopping kat Seremban.. Gi KL.. ke..


Bab, tanah masjid kene ambik, itu i x berani nak komen.. tapi kalau dapat wat masjid baru yang lebih besar.. rasanya lebih baik kot.. sebab biasanya, kalau solat memang tak cukup ruang. tambah-tambah untuk saf wanita.. Bila time terawikh atau solat hari Raya je (khusus bila time ramai orang luar balik KG) Separuh orang Bongek kene semayang kat surau..\



Tengok! Kecikkan.. so, kalau dapat wat masjid yang lebih besar, cantik dan selesa.. mungkin xda yang bantah kot...

itu kata orang yang menyokong:.. bagi yang tak sokong pulak.. tengok coretan nih:

Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap

Masjid Kg. Bongek di N.Sembilan akan dirobohkan atas nama pembangunan, iaitu terlibat dalam projek landasan keretapi berkembar.

Pelan tanah yang akan diambil telah terpampang dalam Masjid Kg. Bongek, namun hingga saat ini tiada suara sepatah pun dari pejuang Melayu yang akan mempertahankan masjid ini dari dirobohkan.

Apabila ditanya kepada seorang Pak Haji di masjid itu , sampai mana mereka akan ambil tanah ? Pak Haji tu berkata sampai tangga masjid. Ditanya lagi Pak Haji adakah masjid ini akan dirobohkan, Pak Haji jawab tunggulah buat masjid baru. Tanya Pak Haji nak buat di mana, dia pun tak tahu.

46% tanah Masjid Kg Bongek akan diambil. Kepada siapa pampasan tersebut diberikan ? Masjid Kg Bongek mesti dipertahankan oleh orang Melayu Negeri Sembilan kerana ianya Masjid yang unik. Ramai orang sembahyang di masjid ini termasuk pelakon veteran Dato Aziz Singah.

Ulamak Negeri Sembilan yang terkenal Almarhum Tuan Haji Ibrahim juga adalah dari Bongek ( kisah beliau di sini http://madrasahbongek.blogspot.com )

Semua orang Melayu Negeri Sembilan mesti bangun mempertahankan masjid ini.

Kalau penganut agama Hindu di Seremban boleh mempertahankan kuil-kuil mereka dari dirobohkan seperti di jalan Seremban-Tampin dari dirobohkan dengan nyawa mereka sendiri takkan orang Melayu nak berdiam diri ?

Untuk melihat Pelan Masjid Kg Bongek yang akan dirobohkan, Masjid Kg Bongek dan Kuil Hindu di jalan Seremban – Tampin sila ke pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

apa-apa pun, saya akan terus cuba menyusul perkembangan projek ini dari semasa ke semasa.

p/s: Walaupun kita orang Kampung.. tapi kita kena pikir baik buruk dan wat pertimbangan sewwajarnya.. sila jangan ikut nafsu.. sila fikir secara rasional.. peace no war!!.. hehehe... idup org Bongek.. Yeargh...

No comments:

Post a Comment