Wednesday, October 14, 2009

Hobin Jang Hobin!!!


Yearghhh... begitulah ungkapan yang selalu keluar sebaik sahaja skuad Rusa (N.9) mula masuk Final.. Tapi Bila tak masuk Final... Stadium Paroi ada habuk jerk.. tiba-tiba teringat zaman kecik2 dolu-dolu.. selalulah ikut abah ngan pakciik gi Stadium tgk bola.. Ghairah gila time N.9 nak jaringkan gol.. tapi bila x dapat gol.. sume sumpah seranah...

Tapi apa yang bagusnyer pemain Negeri Sembilan sumenye sopan-sopan.. x penah nak timbulkan masalah kat padang. begitu jugak ngan penonton Negeri.. xpenah wat keje x bermoral macam baling botol ke.. mercun ke.. time kalah. sumenyer rasional n fikir.. Adat main mesti ada kalah menang.!

tambah2 dak kembar 2 eko.. dalah ensem, pandai main bola plak tuh..

Kali ni, mesti nak gi tengok bola kat Stadium Paroi kalau N.9 main lagi.. X sabar nak jerit "Hobin Jang Hobin.. Hobin Jang Hobinn..." n ape yang paling penting, rasa macam letrik menyambar kat badan time, orang main gendang sambil jerit...

Best woo!!.. semangat kesukanan sangat.. So, bagi peminat bola, khususnya Peminat bola Negeri Sembilan @ Skuad Rusa.. Moh kito poie tengok ramai2.. x kirolah tuo, ko.. mudo ko... Yang ponting.. kito sokong oghang kito main.. Yeah!! Tiba2 Semangat keasabiahan den terhadap N.9 brelipat ganda.. huhuhuhuhu




k.. sama-sama kita baca berita kat bawah nih!!:



Skuad Rusa pincang tanpa kelibat pemain senior
SHAH ALAM - Hanya pengalaman yang memisahkan Negeri Sembilan untuk menandingi Selangor sehingga tewas 3-0 sekali gus menyerahkan teraju persaingan Liga Super musim 2009 yang dipegangnya empat hari di Stadium Shah Alam, kelmarin, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Tanpa ketua pasukan negara, Shukor Adan dan sayap kiri, S.Kunanlan malah kehilangan Idris Karim dalam babak pertama, Si Rusa bagaikan patah kaki dengan hanya berbekalkan tenaga muda yang masih mentah dengan persaingan setinggi ini.

Malah, gerakan kedua-dua sayap Shahurain Abu Samah dan K. Thanaraj yang menyinar di Paroi, Selasa lalu, kurang menjadi kali ini untuk membekalkan peluang kepada penyerang muda negara, Zaquan Adha Radzak menghasilkan sesuatu.
Tidak cukup itu rembatan abang kembarnya, Aidil Zafuan Radzak untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti menghukum Negeri Sembilan dengan gol ketiga Selangor setelah tertampan paha ketua pasukan tuan rumah, Amri Yahyah.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, "kebanyakan pemain kami masih berusia awal 20-an dan kekurangan pengalaman. Ada juga yang baru kali pertama didedahkan dengan kancah bola sepak setinggi ini.

"Kami kehilangan tiga pemain senior, Shukor, Kunanlan dan Idris dikeluarkan malah kedua-dua sayap tidak menjadi kali ini (Shahurain dan Thanaraj) hingga menyebabkan tiada ruang untuk Zaquan menjaringkan gol.

"Jurangnya cukup besar dalam perlawanan ini. Lawan pula lebih berpengalaman tambahan dengan sokongan lebih 40,000 penontonnya di Shah Alam,'' jelasnya.

Kecederaan juga menghalang kemunculan Shukor yang pasti ditunggu-tunggu penyokong Merah Kuning untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan bekas ketua pasukan Selangor itu apabila menyarung jersi Si Rusa pula.

"Zaquan terpaksa bermain bersendirian tanpa sokongan setelah Idris dikeluarkan malah bergandingan dengan pemain remaja selepas itu yang agak menyukarkan pergerakannya.

"Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini malah saya begitu bangga dengan semangat juang pemain Negeri Sembilan yang ada ketikanya sempat mencipta peluang walaupun sedikit,'' kata Wan Jamak.

Sumber : Utusan

1 comment:

  1. Xpe.. yang Penting saya tetap menyokong Skuad Rusa!! Hobin jang Hobin.. yang ponting ko layak masuk semi final jang!! ada aku kesah ko monang ko kalah.. apo pun, kito monang ko, kalah ko... yang ado bermaruah jang oi!!!

    ReplyDelete