So, today.. aku akan cuba sedaya upaya menceritakan tentang Rembau @ Daerah beradat..
Sebelum tu sila nyanyi lirik ni dulu.. " Ada apa dengan Rembau.. Berbeda Tampin dan Bahau.." (ala-ala lagu ada apa dengan Cinta!).. huhuhuhuhuu,...
Bismillah.... Setelah menyiasat dan mengkaji.. aku akhirnya dapat menceritakan kat korang semua apa yang ada dekat Rembau...
AL-KISAH: teng teng teng......
Daerah Rembau merupakan daerah yang terkecil sekali dari tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu seluas kira-kira 41,512.14 hektar persegi dengan penduduknya berjumlah melebihi 40,551orang berdasarkan Bancian Penduduk yang dibuat pada tahun 2000.
Daerah kecil ini mempunyai 17 buah mukim mengandungi 204 buah kampung dan ditadbir oleh 45 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tertakluk di dalam dua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chembong dan Kota. *segala pindaan tak tertakluk dibawah pengetahuan saya.. hehehehehe*
Okeylah.. sekarang Den (saya) nak tunjuk peta Rembau at Negeri Sembilan.. Let's:
Yang ada gambar gong, gendang ngan caklempong tuh, itu kira cam mercu tanda pekan Rembau r. Sebelum masuk pekan mesti jumpa replika ni dulu.. *Kalau tak caya.. pergilah tengok.. mesti ada punya.. tak taulah kalau 10 tahun dari sekarang warna dah pudar... hehehehehe...
Hurm.. Kalau dah ronda-ronda mesti nak sembahyangkan.. Bagi yang muslimlah.. korang jangan risau.. kat Rembau ada masjid.. cantik.. besar.. baru plak tuh!...
emmm.. Nyum.. nyum.. tapikan bukan sonang nak masak rendang nih.. berpoloh (berpeluh) ketiak nak tunggu masak... Chef Ismail yang lahir kat kampung Chengkau Ulu, Rembau pun setuju ngan den (saya).. Kan chefkan...
PEDAS atau "Podeh" dalam loghat Negeri Sembilan adalah pekan kecil yang terletak di Rembau, daerah di selatan negeri itu yang masih mengekalkan tradisi lama Adat Perpatih.
Berbanding pekan kecil lain di daerah itu seperti Chengkau, Astana Raja, Kota dan Lubuk Cina, Pedas dilihat lebih menonjol dan tersohor kerana mempunyai daya tarikan kolam air panas semula jadi yang ditemui masyarakat di situ sekitar abad ke-19.
Kolam itu dikatakan pernah menjadi tempat tentera Jepun dan Inggeris memulihkan luka akibat peperangan dan khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang, menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.
Kalangan pengunjung yang mengunjungi kolam berkenaan bukan saja penduduk tempatan tetapi juga luar negara dari Thailand, Jepun dan Singapura yang sanggup datang ke situ untuk berikhtiar mengubati penyakit tertentu.
Namun, kolam yang mempunyai kepanasan suhu mencecah antara 28 hingga 46 darjah celsius itu sudah dinaik taraf menjadi taman tema air dikenali Wet World Resort Pedas Hot Spring pada 1998 sebelum dibuka kepada orang ramai pada 1999 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan...
Itu kalau orang yang ada banyak duitlah.. bagi yang tak banyak duit.. anda Buleh pergi jeram yang ada di sekeliling Rembau.. Cth: Lubuk bunga, Lubuk petai, and 2,3 lubuk @ sungai yang aku lupa namanya.. apa yang penting.. mandi kek sungai sangatlah best... rasa heaven bila air sejuk mengalir dengan pemandangan indah... huhuhuhu.. ini yang nak pergi mandi nih... Let's u ols...
Wah.. bestnyer... klah.. i x bley tahan tengok air yang menderu merdu... menyapa sejuk.. Serius... memang best sangat... Bye.. nak gi mandi jap.. lalalallalalalalla
No comments:
Post a Comment